Friday, November 5, 2010

CamFood '10






Ryverra Chocolate kini semakin matang dalam persembahan rekabentuk pembungkusan (packaging) dan daya kreatif produk dalam pelbagai jenis citarasa untuk pilihan pelanggan di pelbagai peringkat.
Ini dibuktikan oleh maklumbalas yang positif yang diberikan oleh pengunjung CamFood '10 CamHotel'10 di Phnom Penh Cambodia baru-baru ini.
(Gambar Atas):
En.Muzairee, Pengarah Urusan Ryverra Chocolate & Confectionery (kanan) menerima ucapan tahniah daripada Duta Malaysia ke Kemboja, Datuk Pengiran Mohd. Hussein Mohd. Tahir Nasruddin (kiri) atas kejayaan menghasilkan produk coklat yang menarik setanding dengan produk coklat jenama antarabangsa . Bravo!!!!

Tuesday, July 13, 2010

Friday, July 2, 2010

Produk Terbaru Untuk Aidilfitri Selection 2010



Empat produk baru untuk menceriakan Hari Lebaran anda telah kami sajikan. Kami percaya hidangan ini lebih lazat dan cukup enak terutama "Regina": Rasa Yogurt diselang-seli dengan rasa Raspberry dan kemudian buah kering Cranberry - cukup untuk membuahkan senyuman di wajah tetamu anda sepanjang Hari Raya.


[1] Regina : Yogurt Raspberry Chocolate with Cranberry

[2] Shayndel : Chocolate with Mix Fruit

[3] Krasimir : Dates with Orange Peel

[4] Crysella : Dark Chocolate Dipped Dried Apricot

Tuesday, June 29, 2010

Pengumuman Promosi Sempena Aidilfitri 2010

Strawchocz memohon maaf kepada semua Ejen dan Bakal Ejen lantaran terlewat untuk menghubungi Tuan / Puan.

Sesungguhnya Strawchocz sangat berterima-kasih atas perhatian Tuan / Puan dan kesetiaan Tuan / Puan terhadap Jenama Kami. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada semua.

Strawchocz menyediakan pelbagai set hidangan Aidilfitri dalam "Aidilfitri Selection"

Kesemua produk ini merupakan Premium Handmade Chocolate, yang Kami jamin rasanya lazat serta menyelerakan.




EJEN


Strawchocz membuka peluang kepada pembaca untuk menjadi Ejen Kami:


1] Ejen sedia ada (Existing Agent)


Keterangan:

Belian set sample boleh dibuat dengan hanya RM150 sahaja. Bayaran ini merangkumi Sampel produk bernilai RM126 dan 1 Set Flyers bernilai RM 20.00. Termasuk juga kos penghantaran sebanyak RM30. Jumlah keseluruhan sebenarnya adalah sebanyak RM 176.00.
Namun begitu, jika ejen ingin terus membuat tempahan pihak kami amat mengalu-alukannya



2] Ejen Baru


Keterangan:

Untuk permulaan ejen hendaklah membuat bayaran RM 200 sahaja, ini merangkumi Yuran Pendaftaran sebanyak RM 50, Sampel produk bernilai RM 161 dan 1 Set Flyers bernilai RM 20. Termasuk juga kos penghantaran sebanyak RM 30. Jumlah keseluruhan sebenarnya adalah sebanyak RM 261.00.




PENGHANTARAN


1] Untuk penghantaran Sampel seterusnya atau/dan tempahan, 50% dari kos penghantaran ditanggung oleh Strawchocz.

2] Penghantaran dilakukan melalui khidmat KTM "Door to Door", atau perkhidmatan lain.

3] Bagi yang berdekatan dengan Pandan Indah, pihak Tuan / Puan boleh mengambil tempahan terus di Kilang.




CARA PERMOHONAN

1] Download "Borang Ejen" dibahagian DOWNLOAD [Kanan atas] di blog ini. Atau klik di sini:BORANG PERMOHONAN MENJADI WAKIL PENGEDAR (Umum) 2010.doc


2] Hantarkan kembali melalui fax atau E-mail: ryverra@gmail.com. Kami menggalakkan penghantaran secara E-mail.




CATATAN LAIN:


1] Justeru diminta para pembaca agar cepat menghubungi En Sharil Hj Omar 018 378 4992

2] Untuk mempercepatkan urusan, diharapkan semua Ejen dan Bakal Ejen berhubung melalui telefon.


Monday, May 31, 2010

Wrapping Bar Perkahwinan: Konsep Arabic Geometry

Arabic Geometry 30


Arabic Geometry 29


Arabic Geometry 28


Arabic Geometry 27


Arabic Geometry 26


Arabic Geometry 25


Arabic Geometry 24


Arabic Geometry 23


Arabic Geometry 22


Arabic Geometry 21


Arabic Geometry 20


Arabic Geometry 19


Arabic Geometry 18


Arabic Geometry 17


Arabic Geometry 16


Arabic Geometry 15


Arabic Geometry 14


Arabic Geometry 13


Arabic Geometry 12


Arabic Geometry 11


Kami menyediakan 20 bentuk pembalut coklat Bar yang menggunakan konsep Arabic Geometry kepada bakal pengantin. Diharap dengan banyaknya pilihan akan memberi lebih baanyak kebebasan untuk memilih.

Sunday, May 30, 2010

Wrapping Bar Perkahwinan : Konsep British

British 10


British 09


British 08


British 07


British 06


British 05


British 04


British 03


British 02


British 01



Kami telah mereka-bentuk 10 corak untuk Bar Perkahwinan dengan menggunakan teman "British Style". Insyaallah kami akan hadir dengan konsep "Retro" selepas ini.

Tuesday, April 6, 2010

Kursus Coklat Kreatif



Sebagai akademi yang mempunyai kepakaran dalam bidang coklat, Rich Academy menawarkan kepada para alumni dan juga kepada seluruh pembaca bagi mengikuti kursus yang dikendalikan oleh chef Fidani iaitu Chef Rizalman.

Kali ini, tidak seperti kursus asas dan kursus lanjutan, tiada sebarang praline atau truffle yang akan dibentuk tetapi ia lebih menjurus kepada menghasilkan karya seni yang indah.

Apa yang akan kita pelajari adalah:

1. Mangkuk Coklat
2. Bunga Lily
3. Bunga Ros
4. Pokok Coklat
5. Kotak Coklat Dengan Bunga


Kesemua karya seni ini boleh dijadikan sebagai hantaran dan juga sebagai bahan dekorasi untuk kek perkahwinan.



Masa: 9pg - 3.30 ptg
Hari: Sabtu @ Ahad [1 hari sahaja]
Yuran: RM 500.00 [Untuk alumni akan diberi diskaun 50%]


Kursus ini akan bermula pada akhir bulan April. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi pejabat Ryverra Chocolate.

Friday, April 2, 2010

Kursus Kek & Pastri Popular






RiCH Academy akan menganjurkan kursus Kek & Pastri Popular bermula dari bulan Mei 2010. Seperti biasa setiap kursus berkonsep hand-on dan peserta akan pulang bersama dengan kek yang mereka hasilkan dan juga sijil penyertaan.

Seperti biasa kelas akan bermula 9 pg dan akan taman jam 3 petang.

RiCH Academy juga akan mengadakan kelas demo untuk kek-kek yang selain dari keempat-empat siri di atas.

Kursus ini akan dikendalikan oleh Chef Siti Rosne Roseli, pemilik Bread First Bakery. Beliau menjadi tenaga pengajar Program Pembasmian Kemiskinan GiatMARA untuk Kursus Kek, Pastri & Coklat bersama Chef Radzi.

Beliau belajar dari beberapa chef yang bekerja di luar negara seperti Singapura dan Shanghai, China. Pada tahun 2006 beliau membuka kedai kek di Bandar Baru Ampang.

Untuk menempah kelas, boleh hubungi pejabat Ryverra bermula pada 15 April 2010.

Thursday, April 1, 2010

Kursus Ais Krim & Variasinya





Ryverra Chocolate & Confectionery di bawah subsidari RiCH Academy ingin mengajak saudara/i untuk menghasilkan pelbagai ais krim seperti Ice Cream, Kulfi, Dondurma dan banyak lagi secara handmade. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi pejabat Ryverra.

Setiap kursus yang dijalankan oleh RiCH Academy, semua peserta akan mendapat sijil penyertaan.


Apa yang akan saudara/i pelajari adalah sebanyak 11 jenis-jenis ais krim yang terkenal di seluruh dunia. Kursus ini mempunyai 2 bahagian iaitu Kursus I dan Kursus II.


Kursus I:

Kulfi
Ais Krim Tanpa Telor
Ais Krim Dengan Telor
Italian Ice
Granita
Sorbet


Kursus II:

Granizados
Sherbet
Frozen Yogurt
Dondurma
Gelato




Jam
Kursus: 9 pg - 3 Ptg
Hari Kursus: Sabtu / Ahad
Yuran: RM 500.00 * [Untuk bekas pelajar Ryverra akan mendapat 50% diskaun]

Tuesday, March 30, 2010

Kursus Coklat Lanjutan : Siri 2




Saya masih ingat ketika para pelajar saya menanyakan tentang truffle seperti yang ada didalam Kotak Coklat Gergasi saya. Maka saya katakan bahawa masanya telah tiba untuk saya mencurahkan ilmu membuat truffle kepada umum.

Ryverra melalui RiCH Academy telah membuka peluang kepada alumni dan pembaca bagi mendalami lagi ilmu penghasilan coklat yang lazat.

Kali ini merupakan lanjutan kepada Asas Coklat 1 yang telah dipelajari dahulu. Intuk kali ini, para peserta akan mempelajari:


1. Basic Ganache
2. Ganache Buah
3. Ginaduja
4. Dakka
5. Truffle
6. Dekorasi Truffle


Untuk mengikuti kursus ini, peserta harus mempunyai pengetahuan tentang coklat, atau telah mengikuti kursus asas 1. Ini kerana kursus ini bermatlamatkan bagi menghasilkan coklat praline dan truffle yang cukup enak dan bervariasi.

Kursus ini patut diikuti oleh seluruh alumni Ryverra agar mereka boleh maju kehadapan dalam industri coklat.


Masa: 9 pg - 3.30 pth
Hari: Sabtu @ Ahad [1 hari sahaja]
Yuran: RM 500.00 [Diskaun kepada alumni sebanyak 50%]

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat Ryverra.



Yang benar


Chef Radzi
Ryverra Chocolate

Wednesday, March 17, 2010

Kursus Asas Pembuatan Coklat


Ryverra Chocolate & Confectionery yang berpengalaman luas dalam Industri Coklat di Malaysia ingin mempelawa kepada mereka yang berminat mempelajari ilmu pembuatan coklat dan ingin menghasilkan coklat dengan tangan sendiri ke Kursus Asas Pembuatan Coklat yang kami anjurkan.

Jadual kursus adalah seperti berikut:

Tarikh : 27/03/10, 3/04/10, 10/04/10, 17/04/10, 24/04/10

(pilih satu tarikh sahaja yg sesuai bg anda.Tempat terhad utk 8 peserta bagi satu2 tarikh)

Masa : 10pg-3.30ptg

Tempat: No 41AC Level 4 Menara D
Persiaran MPAJ Jln Pandan Utama
Pandan Indah 55100 K.Lumpur

Bayaran : RM250 seorang

Bagi pendaftaran secara berkumpulan (4 org keatas) diskaun 10% akan diberi kepada setiap seorang.

Method: -Hands On.
-Modul disediakan.
-Pengenalan kepada jenis-jenis coklat.
-Mempelajari kaedah-kaedah tempering.
-Mempelajari kaedah-kaedah membuat coklat
yang ada di pasaran.
-Hasil coklat di akhir kelas akan di
bawa pulang.

-Seterusnya peserta berpeluang menghadiri kelas advance dengan harga diskaun.



Jika berminat sila daftarkan maklumat anda :
(Nama: Tarikh kursus : No tel)
ke ryverra@gmail.com. Pihak kami akan menghubungi anda untuk pengesahan penerimaan penyertaan dan maklumat seterusnya.