Tuesday, April 6, 2010

Kursus Coklat Kreatif



Sebagai akademi yang mempunyai kepakaran dalam bidang coklat, Rich Academy menawarkan kepada para alumni dan juga kepada seluruh pembaca bagi mengikuti kursus yang dikendalikan oleh chef Fidani iaitu Chef Rizalman.

Kali ini, tidak seperti kursus asas dan kursus lanjutan, tiada sebarang praline atau truffle yang akan dibentuk tetapi ia lebih menjurus kepada menghasilkan karya seni yang indah.

Apa yang akan kita pelajari adalah:

1. Mangkuk Coklat
2. Bunga Lily
3. Bunga Ros
4. Pokok Coklat
5. Kotak Coklat Dengan Bunga


Kesemua karya seni ini boleh dijadikan sebagai hantaran dan juga sebagai bahan dekorasi untuk kek perkahwinan.



Masa: 9pg - 3.30 ptg
Hari: Sabtu @ Ahad [1 hari sahaja]
Yuran: RM 500.00 [Untuk alumni akan diberi diskaun 50%]


Kursus ini akan bermula pada akhir bulan April. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi pejabat Ryverra Chocolate.

No comments: