Friday, September 18, 2009

Salam Aidil Fitri

Strawchocz dan seluruh warga Ryverra mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ejen Strawchocz yang telah bersungguh-sungguh mempromosikan produk strawchocz kepada masyarakat.

Begitu juga Strawchocz menghargai segala sokongan yang telah diberikan oleh setiap pelanggan kami.

Maka oleh itu Strawchocz memohon maaf atas segala kesilapan dan kekurangan yang telah terjadi. Dan juga pada kesempatan ini Strawchocz ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri; Moga Segala Amal Kebajikan kita diterima oleh Tuhan.

Wednesday, July 15, 2009

Strawchocz Dalam Radio24


Berbual bersama Presiden Persatuan Chef Malaysia yang Baharu







Strawchocz telah ke udara pada 2 Julai 2009 pada Segmen Gaya bersama Ayu Roslan


Nanti strawchocz akan upload rakaman rancangan Gaya Bersama Strawchocz

Pengumuman Promosi Sempena Aidilfitri




Strawchocz memohon maaf kepada semua Ejen dan Bakal Ejen lantaran terlewat untuk menghubungi Tuan / Puan.

Sesungguhnya Strawchocz sangat berterima-kasih atas perhatian Tuan / Puan dan kesetiaan Tuan / Puan terhadap Jenama Kami. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada semua.

Strawchocz menyediakan 6 set hidangan Aidilfitri dalam "Aidilfitri Selection" iaitu


- Premano -
- Marvellous -
- Casabalanca -
- Shachecz -
- Barrell -
- Almond Affection -


Kesemua produk ini merupakan Premium Handmade Chocolate, yang Kami menjamin rasanya lazat serta menyelerakan.




EJEN


Strawchocz membuka peluang kepada pembaca untuk menjadi Ejen Kami:


1] Ejen sedia ada (Existing Agent)


Keterangan:

Belian set sample boleh dibuat dengan hanya RM180 sahaja. Bayaran ini merangkumi Sampel produk bernilai RM 158.00 dan 1 Set Flyers bernilai RM 20.00. Termasuk juga kos penghantaran sebanyak RM 30.00. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM 208.00.
Namun begitu, jika ejen ingin terus membuat tempahan pihak kami amat mengalu-alukannya



2] Ejen Baru


Keterangan:

Untuk permulaan ejen hendaklah membuat bayaran RM 200.00 sahaja, ini merangkumi Yuran Pendaftaran sebanyak RM 50.00, Sampel produk bernilai RM 208.00 dan 1 Set Flyers bernilai RM 20.00. Termasuk juga kos penghantaran sebanyak RM 30.00. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM 308.00.




PENGHANTARAN


1] Untuk penghantaran Sampel seterusnya atau/dan tempahan, 50% dari kos penghantaran ditanggung oleh Strawchocz.

2] Penghantaran dilakukan melalui khidmat KTM "Door to Door", atau perkhidmatan lain.

3] Bagi yang berdekatan dengan Pandan Indah, pihak Tuan / Puan boleh mengambil tempahan terus di Kilang.




CARA PERMOHONAN

1] Download "Borang Ejen" dibahagian DOWNLOAD [Kanan atas] di blog ini. Atau klik di sini:BORANG PERMOHONAN MENJADI WAKIL PENGEDAR (Umum) 2010.doc


2] Hantarkan kembali melalui fax atau E-mail: ryverra@gmail.com. Kami menggalakkan penghantaran secara E-mail.




CATATAN LAIN:


1] Justeru diminta para pembaca agar cepat menghubungi En Sharil Hj Omar 018 378 4992

2] Untuk mempercepatkan urusan, diharapkan semua Ejen dan Bakal Ejen berhubung melalui telefon.


Wednesday, May 27, 2009

Jualan: Chocolate Filling

(gambar hiasan)

Khas untuk para pelajar Kursus Pembuatan Coklat, Ryverra Chocolate menawarkan 9 jenis filling yang cukup istimewa dengan kitarhayat selama setahun.

Jadi bagi sesiapa yang ingin membeli filling ini maka anda dipersilakan terlebih dahulu untuk menghadiri Kursus Pembuatan Coklat : 1.

Berikut adalah jenis-jenis Filling yang dijual oleh Ryverra:

1] Strawberry

2] Blueberry

3] Lemon

4] Orange

5] Coconut

6] Corn - Jagung

7] Lychee

8] Banana

9] Mint

Filling ini dijual dalam ukuran gandaan 500g iaitu bermula dengan 500g, 1000g, 1500g.

Untuk pembelian filling ini, boleh hubungi pejabat terlebih dahulu.

Sekarang, para pelajar Ryverra akan mampu menyediakan coklat yang lebih enak kepada para pelanggan mereka.

Friday, May 15, 2009

Malaysia International Cocoa Fest 2009 [MICF]

Timbalan Perdana Menteri; Tan Sri Muhyidin Yasin mencuba Truffle Cinnamon sementara Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi; Tan Sri Bernard Dompok merasa Truffle Durian.



Bersama 2 orang sifu: Chef Amer [kiri] dan Cher Anuar [kanan]

Saya banyak belajar dari Chef Amer. Bertanya dan meminta pandangan dari beliau. Terima kasih Sifu.
k
k
Ryverra Chocolate & Confectionery telah menyertai pesta yang dianjrkan selang 4 tahun ini dengan jayanya. Malah kehadiran Ryverra Chocolate cukup diberi perhatian kerana hadir bersama dengan sebuah kotak gergasi berisi 150 praline dan truffle berbagai rasa, bentuk dan warna.

Sehinggakan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi sempat berkata: "Ini yang cantik" merujuk kepada kotak tersebut.

Monday, April 20, 2009

Kursus Pembuatan Coklat : Level 1

Tahniah kepada: Pn Sariah Md Yasin, Pn Mahani Md Yasin, Pn Norhayati Hamzah dan Pn Rosnani Jamil kerana berjaya mengikuti Kursus Pembuatan Coklat Level 1 di Bahagian Latihan Dan Pembangunan Produk, Ryverra Chocolate & Confectionery.

Kursus ini dijalankan pada 19 April jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 3 ptg.

Bersemangat semua para peserta untuk mempelajari ilmu pembuatan coklat dari Chef Ryverra.
Kelas dibahagikan kepada 2 sektor atau bahagian, iaitu bahagian pertama: Teori, bahagian kedua: Praktikal yang merangkumi 2 sub bahagian iaitu Real Chocolate dan Compaund Chocolate.

Secara asasnya Chef akan mengajar teknik 3 jenis Tempering iaitu Kaedah Pembenihan, Kaedah Panas-Sejuk dan Kaedah Tempering Tangan. Kemudian dalam Bahagian Praktikal, para peserta kursus akan membuat sendiri coklat mereka dengan dibantu oleh Chef. Peserta akan membuat coklat Bar, Praline, Truffle, Splitter dan Endrobed.

Ryverra mengucapkan terima kasih kepada para peserta kursus ini yang cukup cemerlang dan bersungguh-sungguh dalam mengikuti kursus.

Oleh kerana itu para peserta telah mengikuti kursus dengan jayanya maka Bahagian Latihan Dan Pembangunan Produk, Ryverra Chocolate & Confectionery telah menganugerahkan kesemua peserta "Sijil Penyertaan Kursus Pembuatan Coklat : 1".

Tahniah sekali lagi kepada para peserta kali ini.

Kelebihan Kursus ini:

1] Penganugerahan Sijil.

2] Fail + Buku Asas Pembuatan Coklat yang bernilai RM 30.00.

3] Kursus dijalankan secara profesional dan di dalam Kelas.

4] Peserta diberi diskaun 10% untuk membeli "raw meterial" coklat.

5] Peserta boleh membawa pulang hasil kerja mereka iaitu: 1kg Coklat Real dan 1 kg Compaund. Anggaran jumlah keseluruhan produk bernilai RM 150.00 .


6] Peserta akan diberi diskaun sebanyak 50% untuk kursus yang lain.

7] Setelah semua kelebihan yang diperolehi ini, jumlah sebenar yang dikeluarkan oleh peserta hanya RM 70.00 sahaja!


Para pengunjung blog dipelawa untuk mengikuti kursus ini. Rebutlah peluang ini, kerana harga sebenar kursus ini adalah sebanyak RM 500.00. Tetapi pada kali ini Ryverra memberi potongan sebanyak 50% iaitu RM 250.00!
Berikut adalah gambar para peserta:


Pn Sariah Md Yasin



Pn Norhayati Hamzah


Pn Rosnani Jamil



Pn Mahani Md Yasin

Thursday, April 9, 2009

Kelas Membuat Coklat


Level 1

Maklumat lanjut, click pada poster di atas.

Kelas ini adalah anjuran Ryverra Chocolate & Confectionery.

Kursus ini dijalankan secara "Hands On".

Berminat?

Hubungi Strawchocz sekarang.

Tuesday, March 17, 2009

Promosi Perkahwinan - Loose Pack

Truffle

Silver Quality Praline



Gold Quality Praline





Ryverra Racher






Heart Shape




**********




Ada masanya kita inginkan satu kelainan dalam majlis "Raja Sehari" yang bakal kita hadapi. Agar majlis tersebut akan menjadi bual bicara yang mengasyikkan kepada para tetamu yang hadir.


Mungkin para pembaca boleh menjadikan "Promosi Perkahwinan - Loose Pack" sebagai satu cetusan idea yang mampu merealisasikan impian anda: Kenikmatan Coklat Mengasyikkan Suasana.


Bukankah mengujakan andai di meja pengantin dan tetamu terkormat tersusun rapi selonggok coklat yang menawan hati dan rasa? Dan bukankah ia juga menceritakan kepada para tetamu bahawa si Raja Sehari punya citarasa yang indah, seindah coklat yang akan cair dimulut.


Untuk mewujudkan suasana yang cukup istimewa itu, Strawchocz memberi peluang kepada para bakal Raja Sehari untuk menempah coklat kami secara Loose Pack.


Terdapat coklat Truffle, Praline dan Heartshape. Coklat yang lain juga [yang tidak digambarkan dalam promosi Loose Pack ini] seperti dalam Promosi Perkahwinan - Door Gift juga boleh dijadikan dalam bentuk loose pack.

Para pembaca boleh download sebutharga di ruangan DOWNLOAD di sebelah kanan.

Saturday, March 14, 2009

Promosi Perkahwinan - Door Gift


Setelah sekian lama Strawchoz menyepi, kali ini kami hadir dengan sejumlah kenangan terindah untuk pasangan pengantin - sebuah anugerah yang menggamit seribu makna dan menyimpan sejuta kenangan.


Kami mempersembahkan kepada para pembaca; Promosi Perkahwinan - Door Gift sebagai pengikat kasih pada hari bermakna para pembaca.


Promosi ini berakhir pada 31 Jun 2009.



Para pembaca boleh download sebutharga di ruangan "Download"




3 pcs Praline



3 pcs Heartshape Choc







Personalised Printed Bar 25grm & 50grm







Couple Bar 25grm x 2









Lovely Stick







Lolichoc




Love Stick






HeartShape Organza (5pcs)





2 pcs praline in box




Sweet Couple




Lovely Lavish






4 pcs praline choc