Monday, April 20, 2009

Kursus Pembuatan Coklat : Level 1

Tahniah kepada: Pn Sariah Md Yasin, Pn Mahani Md Yasin, Pn Norhayati Hamzah dan Pn Rosnani Jamil kerana berjaya mengikuti Kursus Pembuatan Coklat Level 1 di Bahagian Latihan Dan Pembangunan Produk, Ryverra Chocolate & Confectionery.

Kursus ini dijalankan pada 19 April jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 3 ptg.

Bersemangat semua para peserta untuk mempelajari ilmu pembuatan coklat dari Chef Ryverra.
Kelas dibahagikan kepada 2 sektor atau bahagian, iaitu bahagian pertama: Teori, bahagian kedua: Praktikal yang merangkumi 2 sub bahagian iaitu Real Chocolate dan Compaund Chocolate.

Secara asasnya Chef akan mengajar teknik 3 jenis Tempering iaitu Kaedah Pembenihan, Kaedah Panas-Sejuk dan Kaedah Tempering Tangan. Kemudian dalam Bahagian Praktikal, para peserta kursus akan membuat sendiri coklat mereka dengan dibantu oleh Chef. Peserta akan membuat coklat Bar, Praline, Truffle, Splitter dan Endrobed.

Ryverra mengucapkan terima kasih kepada para peserta kursus ini yang cukup cemerlang dan bersungguh-sungguh dalam mengikuti kursus.

Oleh kerana itu para peserta telah mengikuti kursus dengan jayanya maka Bahagian Latihan Dan Pembangunan Produk, Ryverra Chocolate & Confectionery telah menganugerahkan kesemua peserta "Sijil Penyertaan Kursus Pembuatan Coklat : 1".

Tahniah sekali lagi kepada para peserta kali ini.

Kelebihan Kursus ini:

1] Penganugerahan Sijil.

2] Fail + Buku Asas Pembuatan Coklat yang bernilai RM 30.00.

3] Kursus dijalankan secara profesional dan di dalam Kelas.

4] Peserta diberi diskaun 10% untuk membeli "raw meterial" coklat.

5] Peserta boleh membawa pulang hasil kerja mereka iaitu: 1kg Coklat Real dan 1 kg Compaund. Anggaran jumlah keseluruhan produk bernilai RM 150.00 .


6] Peserta akan diberi diskaun sebanyak 50% untuk kursus yang lain.

7] Setelah semua kelebihan yang diperolehi ini, jumlah sebenar yang dikeluarkan oleh peserta hanya RM 70.00 sahaja!


Para pengunjung blog dipelawa untuk mengikuti kursus ini. Rebutlah peluang ini, kerana harga sebenar kursus ini adalah sebanyak RM 500.00. Tetapi pada kali ini Ryverra memberi potongan sebanyak 50% iaitu RM 250.00!
Berikut adalah gambar para peserta:


Pn Sariah Md Yasin



Pn Norhayati Hamzah


Pn Rosnani Jamil



Pn Mahani Md Yasin

1 comment:

Anonymous said...

hi..saya rasa sangat bangga kerna anak melayu mampu menghasilkan coklat. sudah lama saya mencari coklat keluaran orang-orang islam. saya harap pihak encik dpt mengadakan khusus pembuatan coklat yg serupa di JOHOR BAHRU.
harap pihak en dapat email kepada saya sebarang aktiviti yang dilaksanakan.
nur_rose78@yahoo.com.my