Tuesday, April 6, 2010

Kursus Coklat Kreatif



Sebagai akademi yang mempunyai kepakaran dalam bidang coklat, Rich Academy menawarkan kepada para alumni dan juga kepada seluruh pembaca bagi mengikuti kursus yang dikendalikan oleh chef Fidani iaitu Chef Rizalman.

Kali ini, tidak seperti kursus asas dan kursus lanjutan, tiada sebarang praline atau truffle yang akan dibentuk tetapi ia lebih menjurus kepada menghasilkan karya seni yang indah.

Apa yang akan kita pelajari adalah:

1. Mangkuk Coklat
2. Bunga Lily
3. Bunga Ros
4. Pokok Coklat
5. Kotak Coklat Dengan Bunga


Kesemua karya seni ini boleh dijadikan sebagai hantaran dan juga sebagai bahan dekorasi untuk kek perkahwinan.



Masa: 9pg - 3.30 ptg
Hari: Sabtu @ Ahad [1 hari sahaja]
Yuran: RM 500.00 [Untuk alumni akan diberi diskaun 50%]


Kursus ini akan bermula pada akhir bulan April. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi pejabat Ryverra Chocolate.

Friday, April 2, 2010

Kursus Kek & Pastri Popular






RiCH Academy akan menganjurkan kursus Kek & Pastri Popular bermula dari bulan Mei 2010. Seperti biasa setiap kursus berkonsep hand-on dan peserta akan pulang bersama dengan kek yang mereka hasilkan dan juga sijil penyertaan.

Seperti biasa kelas akan bermula 9 pg dan akan taman jam 3 petang.

RiCH Academy juga akan mengadakan kelas demo untuk kek-kek yang selain dari keempat-empat siri di atas.

Kursus ini akan dikendalikan oleh Chef Siti Rosne Roseli, pemilik Bread First Bakery. Beliau menjadi tenaga pengajar Program Pembasmian Kemiskinan GiatMARA untuk Kursus Kek, Pastri & Coklat bersama Chef Radzi.

Beliau belajar dari beberapa chef yang bekerja di luar negara seperti Singapura dan Shanghai, China. Pada tahun 2006 beliau membuka kedai kek di Bandar Baru Ampang.

Untuk menempah kelas, boleh hubungi pejabat Ryverra bermula pada 15 April 2010.

Thursday, April 1, 2010

Kursus Ais Krim & Variasinya





Ryverra Chocolate & Confectionery di bawah subsidari RiCH Academy ingin mengajak saudara/i untuk menghasilkan pelbagai ais krim seperti Ice Cream, Kulfi, Dondurma dan banyak lagi secara handmade. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi pejabat Ryverra.

Setiap kursus yang dijalankan oleh RiCH Academy, semua peserta akan mendapat sijil penyertaan.


Apa yang akan saudara/i pelajari adalah sebanyak 11 jenis-jenis ais krim yang terkenal di seluruh dunia. Kursus ini mempunyai 2 bahagian iaitu Kursus I dan Kursus II.


Kursus I:

Kulfi
Ais Krim Tanpa Telor
Ais Krim Dengan Telor
Italian Ice
Granita
Sorbet


Kursus II:

Granizados
Sherbet
Frozen Yogurt
Dondurma
Gelato




Jam
Kursus: 9 pg - 3 Ptg
Hari Kursus: Sabtu / Ahad
Yuran: RM 500.00 * [Untuk bekas pelajar Ryverra akan mendapat 50% diskaun]