Tuesday, March 30, 2010

Kursus Coklat Lanjutan : Siri 2




Saya masih ingat ketika para pelajar saya menanyakan tentang truffle seperti yang ada didalam Kotak Coklat Gergasi saya. Maka saya katakan bahawa masanya telah tiba untuk saya mencurahkan ilmu membuat truffle kepada umum.

Ryverra melalui RiCH Academy telah membuka peluang kepada alumni dan pembaca bagi mendalami lagi ilmu penghasilan coklat yang lazat.

Kali ini merupakan lanjutan kepada Asas Coklat 1 yang telah dipelajari dahulu. Intuk kali ini, para peserta akan mempelajari:


1. Basic Ganache
2. Ganache Buah
3. Ginaduja
4. Dakka
5. Truffle
6. Dekorasi Truffle


Untuk mengikuti kursus ini, peserta harus mempunyai pengetahuan tentang coklat, atau telah mengikuti kursus asas 1. Ini kerana kursus ini bermatlamatkan bagi menghasilkan coklat praline dan truffle yang cukup enak dan bervariasi.

Kursus ini patut diikuti oleh seluruh alumni Ryverra agar mereka boleh maju kehadapan dalam industri coklat.


Masa: 9 pg - 3.30 pth
Hari: Sabtu @ Ahad [1 hari sahaja]
Yuran: RM 500.00 [Diskaun kepada alumni sebanyak 50%]

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat Ryverra.



Yang benar


Chef Radzi
Ryverra Chocolate

No comments: