Monday, April 20, 2009

Kursus Pembuatan Coklat : Level 1

Tahniah kepada: Pn Sariah Md Yasin, Pn Mahani Md Yasin, Pn Norhayati Hamzah dan Pn Rosnani Jamil kerana berjaya mengikuti Kursus Pembuatan Coklat Level 1 di Bahagian Latihan Dan Pembangunan Produk, Ryverra Chocolate & Confectionery.

Kursus ini dijalankan pada 19 April jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 3 ptg.

Bersemangat semua para peserta untuk mempelajari ilmu pembuatan coklat dari Chef Ryverra.
Kelas dibahagikan kepada 2 sektor atau bahagian, iaitu bahagian pertama: Teori, bahagian kedua: Praktikal yang merangkumi 2 sub bahagian iaitu Real Chocolate dan Compaund Chocolate.

Secara asasnya Chef akan mengajar teknik 3 jenis Tempering iaitu Kaedah Pembenihan, Kaedah Panas-Sejuk dan Kaedah Tempering Tangan. Kemudian dalam Bahagian Praktikal, para peserta kursus akan membuat sendiri coklat mereka dengan dibantu oleh Chef. Peserta akan membuat coklat Bar, Praline, Truffle, Splitter dan Endrobed.

Ryverra mengucapkan terima kasih kepada para peserta kursus ini yang cukup cemerlang dan bersungguh-sungguh dalam mengikuti kursus.

Oleh kerana itu para peserta telah mengikuti kursus dengan jayanya maka Bahagian Latihan Dan Pembangunan Produk, Ryverra Chocolate & Confectionery telah menganugerahkan kesemua peserta "Sijil Penyertaan Kursus Pembuatan Coklat : 1".

Tahniah sekali lagi kepada para peserta kali ini.

Kelebihan Kursus ini:

1] Penganugerahan Sijil.

2] Fail + Buku Asas Pembuatan Coklat yang bernilai RM 30.00.

3] Kursus dijalankan secara profesional dan di dalam Kelas.

4] Peserta diberi diskaun 10% untuk membeli "raw meterial" coklat.

5] Peserta boleh membawa pulang hasil kerja mereka iaitu: 1kg Coklat Real dan 1 kg Compaund. Anggaran jumlah keseluruhan produk bernilai RM 150.00 .


6] Peserta akan diberi diskaun sebanyak 50% untuk kursus yang lain.

7] Setelah semua kelebihan yang diperolehi ini, jumlah sebenar yang dikeluarkan oleh peserta hanya RM 70.00 sahaja!


Para pengunjung blog dipelawa untuk mengikuti kursus ini. Rebutlah peluang ini, kerana harga sebenar kursus ini adalah sebanyak RM 500.00. Tetapi pada kali ini Ryverra memberi potongan sebanyak 50% iaitu RM 250.00!
Berikut adalah gambar para peserta:


Pn Sariah Md Yasin



Pn Norhayati Hamzah


Pn Rosnani Jamil



Pn Mahani Md Yasin

Thursday, April 9, 2009

Kelas Membuat Coklat


Level 1

Maklumat lanjut, click pada poster di atas.

Kelas ini adalah anjuran Ryverra Chocolate & Confectionery.

Kursus ini dijalankan secara "Hands On".

Berminat?

Hubungi Strawchocz sekarang.

Tuesday, March 17, 2009

Promosi Perkahwinan - Loose Pack

Truffle

Silver Quality Praline



Gold Quality Praline





Ryverra Racher






Heart Shape




**********




Ada masanya kita inginkan satu kelainan dalam majlis "Raja Sehari" yang bakal kita hadapi. Agar majlis tersebut akan menjadi bual bicara yang mengasyikkan kepada para tetamu yang hadir.


Mungkin para pembaca boleh menjadikan "Promosi Perkahwinan - Loose Pack" sebagai satu cetusan idea yang mampu merealisasikan impian anda: Kenikmatan Coklat Mengasyikkan Suasana.


Bukankah mengujakan andai di meja pengantin dan tetamu terkormat tersusun rapi selonggok coklat yang menawan hati dan rasa? Dan bukankah ia juga menceritakan kepada para tetamu bahawa si Raja Sehari punya citarasa yang indah, seindah coklat yang akan cair dimulut.


Untuk mewujudkan suasana yang cukup istimewa itu, Strawchocz memberi peluang kepada para bakal Raja Sehari untuk menempah coklat kami secara Loose Pack.


Terdapat coklat Truffle, Praline dan Heartshape. Coklat yang lain juga [yang tidak digambarkan dalam promosi Loose Pack ini] seperti dalam Promosi Perkahwinan - Door Gift juga boleh dijadikan dalam bentuk loose pack.

Para pembaca boleh download sebutharga di ruangan DOWNLOAD di sebelah kanan.