Thursday, April 1, 2010

Kursus Ais Krim & Variasinya





Ryverra Chocolate & Confectionery di bawah subsidari RiCH Academy ingin mengajak saudara/i untuk menghasilkan pelbagai ais krim seperti Ice Cream, Kulfi, Dondurma dan banyak lagi secara handmade. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi pejabat Ryverra.

Setiap kursus yang dijalankan oleh RiCH Academy, semua peserta akan mendapat sijil penyertaan.


Apa yang akan saudara/i pelajari adalah sebanyak 11 jenis-jenis ais krim yang terkenal di seluruh dunia. Kursus ini mempunyai 2 bahagian iaitu Kursus I dan Kursus II.


Kursus I:

Kulfi
Ais Krim Tanpa Telor
Ais Krim Dengan Telor
Italian Ice
Granita
Sorbet


Kursus II:

Granizados
Sherbet
Frozen Yogurt
Dondurma
Gelato




Jam
Kursus: 9 pg - 3 Ptg
Hari Kursus: Sabtu / Ahad
Yuran: RM 500.00 * [Untuk bekas pelajar Ryverra akan mendapat 50% diskaun]

Tuesday, March 30, 2010

Kursus Coklat Lanjutan : Siri 2




Saya masih ingat ketika para pelajar saya menanyakan tentang truffle seperti yang ada didalam Kotak Coklat Gergasi saya. Maka saya katakan bahawa masanya telah tiba untuk saya mencurahkan ilmu membuat truffle kepada umum.

Ryverra melalui RiCH Academy telah membuka peluang kepada alumni dan pembaca bagi mendalami lagi ilmu penghasilan coklat yang lazat.

Kali ini merupakan lanjutan kepada Asas Coklat 1 yang telah dipelajari dahulu. Intuk kali ini, para peserta akan mempelajari:


1. Basic Ganache
2. Ganache Buah
3. Ginaduja
4. Dakka
5. Truffle
6. Dekorasi Truffle


Untuk mengikuti kursus ini, peserta harus mempunyai pengetahuan tentang coklat, atau telah mengikuti kursus asas 1. Ini kerana kursus ini bermatlamatkan bagi menghasilkan coklat praline dan truffle yang cukup enak dan bervariasi.

Kursus ini patut diikuti oleh seluruh alumni Ryverra agar mereka boleh maju kehadapan dalam industri coklat.


Masa: 9 pg - 3.30 pth
Hari: Sabtu @ Ahad [1 hari sahaja]
Yuran: RM 500.00 [Diskaun kepada alumni sebanyak 50%]

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat Ryverra.



Yang benar


Chef Radzi
Ryverra Chocolate

Wednesday, March 17, 2010

Kursus Asas Pembuatan Coklat


Ryverra Chocolate & Confectionery yang berpengalaman luas dalam Industri Coklat di Malaysia ingin mempelawa kepada mereka yang berminat mempelajari ilmu pembuatan coklat dan ingin menghasilkan coklat dengan tangan sendiri ke Kursus Asas Pembuatan Coklat yang kami anjurkan.

Jadual kursus adalah seperti berikut:

Tarikh : 27/03/10, 3/04/10, 10/04/10, 17/04/10, 24/04/10

(pilih satu tarikh sahaja yg sesuai bg anda.Tempat terhad utk 8 peserta bagi satu2 tarikh)

Masa : 10pg-3.30ptg

Tempat: No 41AC Level 4 Menara D
Persiaran MPAJ Jln Pandan Utama
Pandan Indah 55100 K.Lumpur

Bayaran : RM250 seorang

Bagi pendaftaran secara berkumpulan (4 org keatas) diskaun 10% akan diberi kepada setiap seorang.

Method: -Hands On.
-Modul disediakan.
-Pengenalan kepada jenis-jenis coklat.
-Mempelajari kaedah-kaedah tempering.
-Mempelajari kaedah-kaedah membuat coklat
yang ada di pasaran.
-Hasil coklat di akhir kelas akan di
bawa pulang.

-Seterusnya peserta berpeluang menghadiri kelas advance dengan harga diskaun.



Jika berminat sila daftarkan maklumat anda :
(Nama: Tarikh kursus : No tel)
ke ryverra@gmail.com. Pihak kami akan menghubungi anda untuk pengesahan penerimaan penyertaan dan maklumat seterusnya.