Wednesday, December 19, 2012

AKTIVITI RYVERRA CHOCOLATE SEPANJANG SEPT-DIS 2012



 Diantara aktiviti-aktiviti yang sempat kami kongsikan disini. Terima Kasih atas sokongan peminat 
Ryverra Chocolate yang tidak berbelah bagi.

 September 2012 


Pemenang Peraduan Beli & Menang Emas@ Choc Fair Mid Valley

Ke Arah Pensijilan  MeSTI, Kementerian Kesihatan M'Sia


 Oktober 2012


Halfest 2012: Anugerah Pembungkusan Terbaik

Program PUNB@UPM Serdang.

 

 November 2012


Promotion Ryverra Chocolate@AEON Store Klang Valley

Food Fair@City Square,Johor Bahru



Disember 2012 


MAHA 2012@MAEPS Serdang.
 
Choc Fair@IIUM Kuantan, Pahang



Semoga tahun 2012 ini memberi 1001 kenangan yang manis untuk kami warga Ryverra Chocolate menjadikan ia semangat dan peransang bagi meneruskan perjuangan jihad ekonomi  ini di tahun 2013 yang akan muncul tidak lama lagi. Insyaallah. Doakan kami yer...






Tuesday, September 11, 2012

Special Mystery Gift for Ryverra Customer



Kunjungi booth Ryverra Chocolate (No.57) 
Bertempat di Chocolate Fair@Mid Valley Exhibition Centre 
pada 28-30 Sept 2012 11pg-9mlm
 dan anda berpeluang membawa pulang Hadiah Misteri dari kami.. 
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!!!!


Gambar Hiasan (Chocolate Fair@Genting, Jun 2012)




Gambar Hiasan (Penggemar cilik Ryverra Chocolate) di CamFood 2010 Cambodia




Wednesday, July 25, 2012

Beli Coklat & Menang Emas


Pada kesempatan dibulan yang penuh barakah ini, kami ingin mempelawa kepada seluruh masyarakat untuk sama-sama mendapatkan produk coklat 'Aidilfitri Selection' keluaran Ryverra Chocolate & Confectionery sama ada untuk dijadikan juadah pemanis mulut bagi tetamu tatkala hadir menziarahi anda dirumah dimusim lebaran ini, ataupun dijadikan pemberian istimewa untuk mentua mahupun ibu dikampung tatkala pulang berhari raya .

Kali ini, Ryverra telah menawarkan hadiah yang menarik bagi anda yang membeli produk 'Aidilfitri Selection'. Setiap pembeli layak menyertai Peraduan Beli & Menang Emas.

Caranya mudah,
1. Anda hanya perlu membeli apa-apa produk Aidilfitri Selection Ryverra,
2. SMS kan No.Siri yang terdapat didalam produk tersebut.
3. Cara SMS: Taip RYVERRA,, hantar ke 33101
4. Nombor Siri yang bertuah akan memenangi hadiah Emas dan semakin banyak anda membeli semakin tinggi peluang anda menjadi pemenang.
5. Tarikh peraduan bermula 1 Julai 2012 hingga 31 Aug 2012.
6. Pemenang akan dihubungi melalui telefon selepas tarikh tutup peraduan.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini, sila dapatkan nya sekarang di wakil pengedar kami seluruh negeri di Malaysia. Untuk maklumat wakil pengedar sila klik disini.

Untuk pertanyaan sila hubungi En.Sharil 019-2831282





Dalam membangunkan produk, Ryverra beriltizam untuk memastikan produk keluarannya adalah produk yang terbaik dan bermutu. Ini dibuktikan dengan beberapa pensijilan dan anugerahyang telah diperolehinya diantaranya:

*Pensijilan HALAL,
*1 Malaysia Best,
*Sijil Keselamatan Makanan 1 Malaysia,

*Anugerah Reka Bentuk Terbaik bagi Produk Konfeksi di Ekspo Groom Big National 2010,
*Tempat Pertama & Kedua, Produk Coklat Terbaik di Ekspo MAHA International 2010


Antara keunikan lain yang ada pada produk 'Aidilfitri Selection' ini adalah Casabalanca iaitu Kurma berintikan Badam yang dipanggang,disalut dengan Coklat Gelap, serta Krasimir Kurma berinti badam yang dipanggang, disalut coklat susu dan serbuk tiramisu. Kedua-dua koleksi kurma ini sangat unik dan lazat.

Regina,Premano & Marvellous selalu menjadi produk terlaris pada tiap-tiap tahun. Regina yang diadun khas menggunakan coklat putih yogurt,kranberi, anggur hitam dan bertih beras menghasilkan sebuah rasa yang cukup istimewa. Begitu juga dengan Premano, dimana coklat gelap diadun bersama emping jagung yang rangup.Sementara itu gabungan coklat dan buah-buahan campur dalam coklat susu menjadikan Shayndel sebagai koleksi yang mempunyai citarasa tersendiri.

Tiada ungkapan yang mampu untuk diungkapkan untuk menggambarkan betapa enak dan sedapnya coklat-coklat ini.

Jadi, tidak boleh tidak, anda harus membeli dan menikmatinya sendiri betapa sedap dan enaknya coklat keluaran Ryverra, seterusnya akan menjadi buah mulut tetamu-tetamu yang hadir di majlis rumah terbuka Aidilfitri anda nanti.