Pada kesempatan dibulan yang penuh barakah ini, kami ingin mempelawa kepada seluruh masyarakat untuk sama-sama mendapatkan produk coklat 'Aidilfitri Selection' keluaran Ryverra Chocolate & Confectionery sama ada untuk dijadikan juadah pemanis mulut bagi tetamu tatkala hadir menziarahi anda dirumah dimusim lebaran ini, ataupun dijadikan pemberian istimewa untuk mentua mahupun ibu dikampung tatkala pulang berhari raya .
Kali ini, Ryverra telah menawarkan hadiah yang menarik bagi anda yang membeli produk 'Aidilfitri Selection'. Setiap pembeli layak menyertai Peraduan Beli & Menang Emas.
Caranya mudah,
1. Anda hanya perlu membeli apa-apa produk Aidilfitri Selection Ryverra,
2. SMS kan No.Siri yang terdapat didalam produk tersebut.
3. Cara SMS: Taip RYVERRA
4. Nombor Siri yang bertuah akan memenangi hadiah Emas dan semakin banyak anda membeli semakin tinggi peluang anda menjadi pemenang.
5. Tarikh peraduan bermula 1 Julai 2012 hingga 31 Aug 2012.
6. Pemenang akan dihubungi melalui telefon selepas tarikh tutup peraduan.
Jadi, jangan lepaskan peluang ini, sila dapatkan nya sekarang di wakil pengedar kami seluruh negeri di Malaysia. Untuk maklumat wakil pengedar sila klik disini.
Untuk pertanyaan sila hubungi En.Sharil 019-2831282
Dalam membangunkan produk, Ryverra beriltizam untuk memastikan produk keluarannya adalah produk yang terbaik dan bermutu. Ini dibuktikan dengan beberapa pensijilan dan anugerahyang telah diperolehinya diantaranya:
*Pensijilan HALAL,
*1 Malaysia Best,
*Sijil Keselamatan Makanan 1 Malaysia,
*Anugerah Reka Bentuk Terbaik bagi Produk Konfeksi di Ekspo Groom Big National 2010,
*Tempat Pertama & Kedua, Produk Coklat Terbaik di Ekspo MAHA International 2010
Antara keunikan lain yang ada pada produk 'Aidilfitri Selection' ini adalah Casabalanca iaitu Kurma berintikan Badam yang dipanggang,disalut dengan Coklat Gelap, serta Krasimir Kurma berinti badam yang dipanggang, disalut coklat susu dan serbuk tiramisu. Kedua-dua koleksi kurma ini sangat unik dan lazat.
Regina,Premano & Marvellous selalu menjadi produk terlaris pada tiap-tiap tahun. Regina yang diadun khas menggunakan coklat putih yogurt,kranberi, anggur hitam dan bertih beras menghasilkan sebuah rasa yang cukup istimewa. Begitu juga dengan Premano, dimana coklat gelap diadun bersama emping jagung yang rangup.Sementara itu gabungan coklat dan buah-buahan campur dalam coklat susu menjadikan Shayndel sebagai koleksi yang mempunyai citarasa tersendiri.
Tiada ungkapan yang mampu untuk diungkapkan untuk menggambarkan betapa enak dan sedapnya coklat-coklat ini.
Jadi, tidak boleh tidak, anda harus membeli dan menikmatinya sendiri betapa sedap dan enaknya coklat keluaran Ryverra, seterusnya akan menjadi buah mulut tetamu-tetamu yang hadir di majlis rumah terbuka Aidilfitri anda nanti.
No comments:
Post a Comment